Friday, 27 July 2012

OLYMPIC 2012 ~ LONDON


The Olympic Stadium is lit up during the Opening Ceremony



OPENING CEREMONY LONDON 2012


~  GREATEST EVENT OF THE YEAR  ~

wonder when is our turn ??????? 





Tuesday, 24 July 2012

fadhilat ramadhan ......



Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

                        Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)
                        Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat."Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

                        Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga
  • Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup
  • Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Thursday, 5 July 2012

KEUTAMAAN SEDEKAH....



Tidak kah mereka mengetahui bahawa Allah Dialah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dialah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani?

   


Rasulullah SAW bersabda :


" Siapa bersedekah seberat kurma dari hasil kerja yang baik, maka Allah akan menerimanya sesungguhnya Allah menerima sedekah itu dengan kanannya dan memberkatinya kemudian menggandakan untuk pemiliknya sebagaimana salah seorang kamu menggandakan belanjanya. Sehingga sesuap sahaja akan menjadi seperti Gunung Uhud.... "

Sedekah tidak akan mengurangi harta. Jika ALLAH SWT mengampuni hamba Nya, pasti akan bertambah kemuliaannya. Jika seseorang bertawadhuk kerana ALLAH, tentu Dia akan mengangkatnya.

Dalam Riwayat at-Thabrani, " Sedekah tidak akan mengurangi harta. Jika seseorang menghulurkan tangannya untuk bersedekah bererti dia memberikannya pada tangan ALLAH, yakni Dia pasti menerima sedekah itu dan merelakannya sebelum ia jatuh ke tangan orang lain. Manakala seorang hamba memohon permintaan dan dia tidak mengabulkannya, tentu ALLAH akan membukakan pintu kefakirannya. Seorang hamba mengatakan Harta-Harta ku ." Sedangkan hartanya hanya ada tiga macam. Yang dimakan menjadi fana, yang dipakai jadi rosak, atau yang diberikan maka terjaga. Sedangkan selain itu akan pergi dan ditinggalkan untuk manusia....

Dikatakan , " Apakah sedekah yang paling utama ? ". Rasulullah SAW bersabda, " Menahan mata dan mulai bersedekah kepada keluarga ." Rasulullah SAW bersabda " Satu Dirham akan mendahului seratus Dirham.. " Seorang lelaki bertanya, " Bagaimana wahai demikian ya Rasullullah ?" Baginda menjawab " Seorang lelaki memiliki harta yang banyak. Dia mengambil seratus ribu Dirham lalu menyedekahkannya.. Dan lelaki hanya tinggal dua dirham. Lalu dia mengambil satu dirham dan disedekahkan " Rasulullah bersabda, " Jangan kau tolak orang yang memintamu walau dengan sedikit sahaja...." 









Wednesday, 4 July 2012

PENENANG JIWA........





Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah dan rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan yang lengkap.
.
Oleh itu , hendaklah memperbanyakan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata keranaNya.
.
Ia Maha Mengetahui akan rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milikNya jua. Berserahlah kepadanya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat......

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia.
   

Monday, 2 July 2012

EURO 2012.....


spain wins euro 2012

KIEV: Spain confirmed their status as one of the greatest national teams in football history by overwhelming Italy 4-0 in Sunday’s Euro 2012 final in Kiev to retain their European crown.


Vicente del Bosque’s team became the first side to successfully defend a  European Championship title, as well as the first to win three consecutive  major tournaments after their triumphs at Euro 2008 and the 2010 World Cup.

 Accused in some quarters of having lost their ability to excite, Spain  produced a thrilling demonstration of attacking football to confirm beyond  doubt that this remains a golden age for Spanish football.
Andres Iniesta and Xavi were the architects of victory at the Olympic  Stadium, playing key roles in goals by David Silva, Jordi Alba and Fernando  Torres, who teed up fellow substitute Juan Mata for Spain’s fourth.
“After we scored the first goal, Italy were dangerous, but we reacted  well,” said Spain coach Del Bosque.
“We had possession of the ball, we put pressure on them, and there was  depth to our play. So we’re very happy.
“This success in Spanish football is something historic, and now we have to  look to the future and try to qualify for the 2014 World Cup in Brazil.”    The match-winner in the Euro 2008 decider against Germany, Torres became  the first player to score in two European Championship finals, while it was the  most handsome winning margin in a final in the tournament’s history.




New Straits Times , July 02,2012.




Friday, 29 June 2012

My ALMA MATER


                            1985-1989



          

                          1985-1989 


KENANGAN MASA SEKOLAH MENENGAH SUSAH UNTUK DILUPA.


MULA MENGENAL ERTI BERDIKARI.


SEMUANYA KENA BUAT SENDIRI.


ALHAMDULILLAH..... JADIK " MANUSIA " JUGAK..


TERIMA KASIH UNTUK CIKGU-CIKGU. ANDA SEMUA MANUSIA YANG SUNGGUH MULIA.. 


BUDI DAN JASA MENDIDIK ANAK BANGSA TIADA NILAINYA. TIADA NERACA YANG DAPAT MENIMBANGNYA.


BUAT MU GURU-GURU KU :


SIMPANLAH DI INGATANMU

Kenalkah kau 
suara air menitis pada keras batu
mengukir wajah tekun 
pada alur dan kerikil tajam
sepi di gua menafsir lembut zikir syahdunya
melarik runcing tanah dan batu 
melentur silau panas mentari 
gua hidup menghampar dalam gelapmu
ketabahan dan ketekunan jitu
manusia bergelar guru.

Masih ingatkah kau pada gelita malam
tatkala manusia nanar dalam pencarian
mencari jejak yang retak
meneka takdir mimpi
dengan lembut dia berdiri menabur bakti
memberimu cahaya dari sinar tuhannya
biarpun sedikit demi sedikit
titis demi titis luruh 
terbakar dan kehilangan diri,
kehilangannya tak pernah berganti.

Lupakah kau pada pengukir itu
tekun berdiri mengukir mimpi
melarik cinta hari dewasa
berapa banyak debu pahit
berjelaga di dalam hati
berkumpul di pangkal jantung, sekalipun
arca hidupnya retak seribu
mimpimu juga ditenung diukir
menjadi gambar abadi.

Dialah 
lembut suara air di tengah gua batu
guru yang faham erti kepayahan
menyulam perkerti dalam manis budi.

Dialah 
dian kerdil memberi suluh pencarian
pendidik yang menerima kepayahan
demi kesenangan anak didik di hari muka.

Dialah
penekun tabah mengukir waktu
pengajar bermandi keringat
dalam debu dan batu-batu.

Dialah 
Manusia kecil yang sering memberi
apa yang kita tidak tahu
menafsir rahsia ilmu
yang tertulis dengan bahasa kalbu.

Simpanlah di ingatanmu
diksi kata pujangga;
Guru laksana ombak
tak jemu-jemu mendambai pantai

Guru seumpama dian
membakar diri menerangi cahaya

Guru ibarat pengukir
menitip jejak perjalanan hari muka

Guru bagaikan suara air di gua 
tekun titis lembut membelah batu.





~ petikan sajak : dr. abd halim ali ~

RESEPI NASI BERIYANI GAM ( MUAR )

Nasi Briyani Gam Asli Muar

Berikut adalah resepi nasi briyani Gam Asli Muar:-

Bahan-bahan (untuk Nasi)
1. 5 cawan* beras basmathi
2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
3. 1 sudu teh buah pelaga
4. 1 inci kayu manis
5. 5 bunga lawang
6. 1 sudu teh jintan manis
7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
8. 4 ulas bawang putih -hiris halus
9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
10. 1 inci halia - hiris halus
11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes)
12. segenggam gajus
13. segenggam raisins
14. 5 cawan air
15. garam secukup rasa
(*cawan = cawan kopi)

Cara-caranya1. Pijarkan minyak sapi
2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

Bahan-bahan untuk lauk

1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
2. 5 biji kentang (belah dua)
3. 8 biji telur rebus keras
4. setengah cawan ghee (minyak sapi)
5. 1 sudu teh buah pelaga
6. 1 inci kayu manis
7. 5 bunga lawang
8. 1 sudu teh jintan manis
9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
10. 5 ulas bawang putih - kisar
11. 10 ulas bawang merah - kisar
12. 1 inci halia - kisar
13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
14. segenggam gajus
15. segenggam raisins
16. Air
17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
18. garam secukup rasa
19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

Cara
1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah ,campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata.

Sekarang bagaimana perkataan "Gam" itu mendapat nama....

Peralatan
1. Alat kukusan
2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)
Cara1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang
selalunya kita bubuh air)
2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi)
4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
5. Celupkan kain kapas dengan kanji
6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus.
Pastikan iktannya agak kejap. Supaya wapnya tidak keluar.
7. Letak atas api yang perlahan
8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

Untuk menghidang1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

P/S:  Rempah biryani yang sedap ialah rempah asli biryani Muar. Kalau ke Muar, boleh cari di kedai Haji Adnan (orang Muar kenal sebagai Aji Anan), berhadapan jalan pasar Muar. Tanya orang di kawasan pasar tu, semua tahu. Kalau rasa-rasanya tak sempat nak sampai ke Muar tapi nak cuba juga masak, Saya cadangkan cari rempah biryani Faiza (company Faiza herba poni ..) sebab Pn Faiza ni pun geng biryani from Batu Pahat. Kalau tak jumpa juga, boleh lah guna rempah biryani Maggi (paste dalam botol atau dalam packet). Saya fikir kalau di bandar besar mungkin akan jumpa Sharwood's Biryani Paste dalam botol (yang cantik) tapi ianya cukup mahal.


SELAMAT MENCUBA.......