Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah dan rohaninya terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan yang lengkap.
.
Oleh itu , hendaklah memperbanyakan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata keranaNya.
.
Ia Maha Mengetahui akan rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milikNya jua. Berserahlah kepadanya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat......
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia. |
No comments:
Post a Comment