Dirawikan dari Umamah alBahili ra berkata " Rasulullah SAW bersabda : Manakala masuk bulan Syaaban sucikan dirimu dan perbaiki niatmu....".
Dalam kitab AnNasai dari Hadis Usamah ra " Aku berkata " Wahai Rasulullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana engkau berpuasa di bulan Syaaban "... Baginda bersabda :
" Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan . Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul A'lamin . Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa "
Dalam Hadis Bukhari Muslim, dari Aisyah ra dia berkata " Aku tidak melihat sama sekali Rasulullah SAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih banyak puasanya daripada bulan Syaaban.... "
Dikatakan untuk Malaikat di langit ada dua malam raya dan untuk kaum muslimin di bumi ada dua hari raya. Malam Malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar sedangkan hari raya kaum muslimin adalah Aidil Fitri dan Aidil Adha. Malam Nisfu Syaaban juga dikenali sebagai malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapuskan dosa setahun sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Lailatul Qadar dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah merupakan sebab penghapusan dosa.
Malam Nisfu Syaaban juga dikenali sebagai malam Tafkir, di mana di dalam Hadis Marfuk disebutkan bahawa sesiapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban tidak akan mati hatinya pada hari dimana hati hati mati.....

No comments:
Post a Comment