Wednesday, 27 June 2012

TRIBUTE TO SEAFARERS

ONCE A SEAFARER , ALWAYS A SEAFARER.

Kerjaya sebagai Seafarer suatu ketika dahulu dianggap kerjaya yang berada di kelompok tersendiri dan acapkali disalah tafsir sebagai kerjaya untuk orang-orang yang " terbuang " dan acapkali juga seorang pelaut dianggap " nakal " dengan gaya hidup yang bebas dan liberal. 

Tetapi , Alhamdulillah.... sejajar dengan perubahan masa dan tanggapan, masyarakat kini memandang kerjaya sebagai pelaut bukan lagi sedemikian.. ( membawa pulang imbuhan yang agak lumayan dan peluang mengembara ke serata pelosok adalah pandangan biasa kepada pelaut sekarang )

Sebagai seorang bekas pelaut ( penulis pernah berkhidmat di atas kapal tangki milik MISC Bhd selama lebih kurang 6 tahun sebagai Pegawai Jurutera Marin ) pengalaman sewaktu belayar amat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Betullah kata seorang rakan seperjuangan semasa belayar dahulu, " katanya ..... Farid, aku rasa belayar kapal ni dah jadi darah daging aku, tak mungkin aku akan kerja di darat ..." dan benar ..selepas 15 tahun beliau masih lagi belayar.... and he is making 25k a month now sailing on board as Chief Engineer... My goodness.. if ( and only if ) I am still sailing at this particular moment, I might be making a fortune.. hehe. Tapi REZEKI Allah ada di mana-mana.. Yang penting kena usaha..

One thing I observed during my sailing days was, how people in this world differs, socially, culturally, in so many aspects of life. Being raised as Malay Moslems, I was quite shock when I stepped my foot for the first time in Japan, back in 1995.. Problems arose when we went ashore.. Susah nya nak cari makanan halal.. Perut dah berkroncong... so togok air sejuk aja laaaa...hahahah.. Culture shock I believed.... but then it was an enjoyable moment..

Satu lagi pengalaman berharga semasa zaman belayar dulu ialah peluang untuk mengumpul matawang pelbagai negara.. Samada wang kertas atau pun wang syiling. Macam macam bentuk, rupa dan saiz yang berlainan. ( Sekarang ntah hilang ke mana semua koleksi wang tu.... ) And again one thing good in Malaysia ialah counterfeit money is not a big issue over here compared to other countries. Pengalaman semasa turun ke darat di negara China. Duit Renminbi yang kami bawa habis di belek belek oleh tuan punya kedai. Depan, belakang , atas , bawah...katanya takut duit palsu...hahahah.. Luckily we managed to get through the hassle dan akhirnya dapat juga beli barang souvenir untuk kenang kenangan...

Until next posting....

No comments:

Post a Comment