DI sekitar wilayah Yamagata, utara Jepun, ditemui 24 mumia rahib Jepun yang dipercayai telah memumiakan diri mereka sendiri melalui ritual yang digelar Sokushinbutsu. Amalan ini dipelopori kira kira 1000 tahun dahulu oleh seorang rahib bernama Kuukai di sebuah kuil di gunung Koya. wilayah Wakayama. Kuukai merupakan pengasas mazhab Shigon, salah satu mazhab dari agama Buddha.
Proses memumiakan diri ini dimulakan dengan diet keras selama 1000 hari. Selama itu, rahib yang terlibat hanya akan makan kekacang atau bijirin untuk menyingkirkan lemak yang terdapat di dalam badan. Kemudian mereka akan meneruskan pula diet yang berasaskan kulit dan akar tumbuh tumbuhan dan mula minum teh beracun yang dibuat daripada getah pokok Urushi selama 1000 hari berikutnya.
Amalan ini akan menyebabkan mereka muntah-muntah ,kehilangan air dalam tubuh dan sering buang air. Namun apa yang lebih penting, ialah pembentukan racun di dalam tubuh yang akan menyebabkan susuk mereka tidak busuk dan terburai selepas kematian. Langkah terakhir adalah mereka akan ditanam hidup-hidup di dalam sebuah kubur batu yang sangat sempit. Kubur ini akan disimen untuk menghalang cahaya masuk kedalam nya. Rahib rahib itu akan duduk dengan cara bertapa iaitu gaya teratai serta tidak makan atau minum untuk tempoh 1000 hari berikutnya....
Sumber : Majalah Kuntum Jun 2012
No comments:
Post a Comment